Friday 28 December 2012

Dia :')

Assalamualaikum , hai hai semua , haha! baru 3 hari lepas aku update , ni dah kembali bersua kan ? Fuhh , sungguh aktif sekarang aku berblogger kan sekarang , almaklum lah buah hati itew pun ada blog kan xD hahaha!

Back To story , Alhamdulillah , hubungan dengan buah hati tu dah kembali macam biasa , makin sweet gitu , setiap malam dengar suara dia , dengar gelak dia , First-2 call dah terang kan apa yang berlaku supaya tak ada salah faham lagi macam dulu , Ya Allah happy nya aku sekarang sejak dia kembali dekat aku semula :)

Btw now nak cerita sedih nya pulak , esok 29.12.12. Dia nak balik ganu dah , :'( hmm , dalam hati masa OTP dengan dia tadi kemain aku pendam je lagi perasaan nak nangis sebab dia dah nak duduk sana dah , Raya cina pulak jumpe dia , hmm , but aku tak risau sangat dengan dia , sebab dia dah janji yang dia pergi sana nak belajar , bukan mengatal atau apa , harap awak pegang pada janji awak okay :) apa-2 yang berlaku dekat sana , bagi tahu okay :)

Awak , kenapa awak kena duduk jauh sangat , hmm soalan tu selalu saya tanya kan , hmm awak tahu tak macam-2 perkara buruk saya Fikir wak , kadang-2 sampai terover-2 saya fikir , punya lah risau dekat buah hati kesayangan saya ni hah :) awak duduk sana jangan sekali-2 lupa dekat saya okay ? and jangan lupa dekat kawan-2 awak wana , hanna and julia tu sekali :) awak mengalir air mata bie wak tulis benda ni untuk awak , tak tahu macam mana sedih nya nak cakap dekat awak ,

Awak , Bie rindu sangat time dekat Mcd masa dengan julia , masa kita lepak sesama buat pertama kali , masa awak suap kan bie makan :) Ya Allah , Sumpah Ikin saya rindu itu , Rinduuuu! Rinduuu sesangat , awak ingat dekat sana yang bie tak akan lupa kan awak , tak akan jauh dari awak okay :)

Jaga diri awak sayang dekat sana , jangan gegatal , belajar pepandai sampai berjaya , jangan leka , jangan lupa bie , jangan cari bie lain , bie akan tunggu awak balik sini okay sayang :*

IWillMissYouMyHeart :*




                                                     LotOfLove:Me (As)

Tuesday 25 December 2012

K.I.T.A

Assalamualaikum , hai hello pembaca-2 sekelian , miss me ? oh i miss you more lah weyh haha! btw aku baru lepas bercuti di Cherating , terbaik wokk wa cakap sama lu lah kan , dia punya pantai Fuhh indah-2 belaka :) and nasib baik juga kita orang balik awal sehari sebelum kejadian banjir berlaku di laluan yang akan kami lalu , Fuhh lega akhir nya bila kaki dah jejak dekat negeri yang aku sayang xD ahaha!

Btw back to story , aku nak tanya pendapat korang lah kan , best sangat ke bergaduh dengan orang yang kita sayang ? kalau kita dah cuba jadi air , dah cuba mengalah , dia tetap dengan EGO dia yang tinggi tu ? apa susah sangat ke nak buang ego tu ? aku mengaku lah aku juga ego , tapi se ego-2 aku aku berlajar apa itu mengalah! berlajar juga apa itu rasa bersalah , nak jaga hati yang aku sayang , malas nak besar besar kan cerita , malas sangat nak sakit kan otak bila bergaduh , haa tapi hmm cermin lah diri sendiri , bila aku mengalah melenting macam apa je , bila aku nak melenting  tahu pula nak elak semua bila aku dah reda sikit kau buat balik perangai ehh apa ni ? dada aku sakit je tahu tak , aku tak nak gaduh tak nak tak nak tak nak ! Ya Allah! tolong lah aku Ya Allah ,


Awak , besar sangat ke salah saya tu sampai macam ni hukum awak dekat saya hah ? saya baru cakap sikit awak sampai berhari-2 nak merajuk , saya pujuk juga awak , saya sakit saya try juga kuat kan hati saya walaupun saya tahu awak akan marah-2 saya pening pepagi tapi saya tetap juga cari phone text awak pepagi macam biasa , awak ? just biar kan ? then pergi layan semua-2 dalam twitter , apa lah perasaan awak kalau saya buat macam tu ? ikin dah lah stop lah ikin memarah , orang sabar selagi orang mampu , tapi ada ke semua manusia yang mampu bersabar dengan semua dugaan dia kalau macam ni ? awak Cakap awak matang kan , so berfikir lah cara matang , awak cakap pasal otak dengan saya , saya sabar awak , awak suruh saya guna otak saya bebaik , tapi awak ? ada awak? saya sabar ikin awak marah saya macam mana sekali pun saya bersabar sebab saya sayang awak , sebab saya tahu kalau saya jadi api juga wajib putus macam dulu , then menyesal , saya tak nak menyesal , sebab tu saya sabar , awak ikut je kan apa awak nak tapi hmm Fikir lah bebaik , awak matang sangat kan :) awak ada otak sangat kan , so Fikir lah ae :)

 Lot Of Love From Me :)

Friday 14 December 2012

Friend always be Friend

Assalamualaikum . Hai everbody , hai stalker hai semua , salam 1 Malaysia , so macam mana holiday ? btw aku sekarang makin pulih daripada sakit yang menimpa baru baru ini haha! btw lupa nak cakap dekat korang yang masih bersekolah tu yang aku  and batch-2 95 sudah Merdeka! Sudah habis segalanya paper haha!  okay kembali ke tujuan utama hendak mengUpdate blog ini semula ,

Today nak cerita pasal kawan , yeah kawan yang sentiasa ada sebagai kawan yang mendengar segala masalah yang boleh bertolak ansur antara satu sama lain , itu lah kawan , wanna see my buddy ?

 Yes this is my buddy haha! yang berbaju kelabu tu , itu lah luqman hakim atau anda lebih mudah kenali nya di twitter iaitu @EmanLuqman yang baju hitam tu BadrunZaman twitter nya ialah @Amanrawr And yang berbaju hijau itu ialah Muhammad Radhi atau nama twitternya ialah @_MuhammadRadhi_  ,

  Beb kalau korang baca aku nak korang tahu weyh aku sayang korang , selama kita kawan macam-2 dugaan kita dah terima kan , macam-2 dugaan besar kita dapat sebelum kita exam kan , walaupun gaduh kita stay bersama , susah senang aku korang yang bantu , Family aku dah macam Family korang sekali kan , tidur satu balik pernah makan satu table pun pernah , nangis depan korang , story semua masalah sesama semua nya dengan korang kan beb , weyh aku tak nak pasal benda kecik kita bergaduh sampai tak bertegur bagai weyh , aku tak nak kehilangan kawan dah ,

Beb . Rindu tak time macam ni hah ? Mesti lah rindu kan apa tak rindu nya kan kan kan , Fuhh ,nak ambik kan gambar macam ni banyak kali kita cuba kan beb , haha! , last last dapat juga kan ahahha! weyh korang banyak sangat memory yang kita dah cipta kan , haha!


Yes this is my very much bestfriend , aku susah dia tolong kalau dia boleh tolong , dia susah aku cari jalan nak tolong dia , apa masalah dia aku pun jadi pendengar dia , bak kata pepatah cubit peha kira peha kanan pun terasa , sebab apa , aku rapat sangat dengan dia sebab tu aku selalu ada dengan dia , tak kira lah orang nak cakap apa , dia nasihat kan aku benda yang salah kalau aku buat macam tu juga aku , weyh gelaka tawa nangis kau je weyh yang ada dengan aku , tak macam yang lain , susah senang aku kau juga ada , aku ada duit aku belanje kau kan , dan kau pun macam tu , ingat kan aku k , gaji keluar baju sehelai untuk kau menanti hahah

Bro hope korang kawan aku dunia akhirat bro , sampai sini saja je aku mampu tulis meluah kan karya yang tak seberapa , bukan menarik perhatian korang untuk berkawan dengan aku tapi aku ikhlas tulis untuk korang , aman , apek luqman , korang lah kawan korang lah sahabat :)

Thursday 15 November 2012

GoodBye AY :'(

Assalamualaikum and hello gusy , today ada cerita sedih aku nak kongi , Fuhh lawa kan awek dekat atas ni , cun habis habak hang :') hye Ex i miss you :'( and i will miss you ever , and i will miss all that moment at Mcd Carefour tempoh hari , hm , kenapa sedih ? yee sedih lah sebab awek dekat atas ni nak pindah dah , dah tak nak duduk melaka , maybe benci sangat kot dekat aku sebab dah buat dia macam tu , aku kan jahat hmm ,

Dear Ay Please take care yourself dekat sana k , dekat sana tak startbuck tau , dekat sana tak ada makanan pedas-2 dah macam dekat melaka , dekat sana dah guna bahasa lain dah , dah tak boleh kasar-2 dekat sana kena sopan je tau , hmm , ikin berat hati amir nak tengok ikin pindah , tadi amir atas motor time ikin text tu , tetiba je tersentak , nak menangis lagi hmm , kenapa ae ? hm , entah lah ,

Btw kin tahu tak , amir dah lama gila tak lepak dengan someone yang istimewa macam dekat Mcd hari tu , gila-2 ambik gambar , tapi satu gambar pun amir tak dapat , ingat nak buat twittcon , hm tapi tak dapat lagi , sorry , btw thanks suap kan amir makan , buat muka dengan amir , sudi ambik gambar dengan amir , semua tu kenangan ikin , amir dengan MYRA pun tak sesweet macam kita lepak hari tu :') saya tu hari terakhir awak keluar sebab tu saya nak buat awak bahagia , saya akan rindu time berebut nak pegang Tab awak , time nak tengok awak merajuk , rindu nak tengok awak senyum depan mata saya , kin kenapa cepat sangat semua macam tu berlalu ? saya tahu saya banyak silap dengan awak , saya tahu saya kecewa kan awak , saya tahu akal saya singat sangat sebab tu saya buat keputusan macam tu , kejam kan amir ? teruk sangat kan amir ni kin ,

Mulai hari esok , bila sampai sana , amir harap sangat-2 ikin tak kan lupa dekat amir , sebab amir dekat melaka tak kan lupa kan semua pasal ikin , pasal malam tu , semua nya sebab awak , awak jaga diri dekat sana , cara hidup sana berbeza sangat dengan dekat sini , jaga adab batas , jangan salah berkawan dengan orang , pilih kawan yang betul-2 jangan percaya sangat budak-2 lelaki sana , tahu ikin ? amir tak ada  hadiah yang boleh jadi kan kenangan ikin dekat sana , so ini lah hadiah amir , cari lah amir bila-2 ikin nak , insya-Allah amir akan ada selalu dengan ikin :') btw terima kasih juga pernah jadi superwomen amir :') take care of you self , INGAT JANGAN LUPA AMIR , JANGAN LUPA KAWAN-2 AWAK , JAGA DIRI , SAYA SAYANG AWAK  :')


                                                               A.S

Sunday 11 November 2012

Already Gone

Assalamualaikum , and hello gusy , hm today ada sad story lah , before aku upade benda ni , korang semua amacam ? banyak baik ? huh , budak-2 Sekolah dah start cuti , fuhh seronok je meraka xD tadi budak-2 Spm bakal munyusul dengan Cuti selamanya tanpa ke sekolah xD hahahaha!


Btw ada ada gambar macam dekat atas tu ? fuhh fuhh , robek hati ku , hmm , gusy aku tengah sakit sekarang ni batuk berdarah lah , hidung berdarah lah , dada pun dah macam semput je , tapi tabiat merokok tetap aku terus kan walaupun sakit-2 macam ni haha!

Dalam bulan ni , aku happy sangat time dua tiga hari ni mood aku rancak lari , kenapa perempuan susah sangat nak percaya lelaki ? kenapa perempuan suka marah ikut suka hati dia ? kenapa bila mereka marah lelaki banyak di persalah kan ? kenapa perempuan macam tu ? kenapa kenapa ? apa salah lelaki sampai sanggup di maki hamun bila dia dalam kesakitan ? tak akan lah asyik lelaki je nak mengalah ? tak kan lelaki je perlu bersabar ?


Hye F aku tak pernah lah nak maki hamun sesuka hati aku , aku dah lama sangat sabar dengan kau , kau bila marah fuhhh tak ingat dunia , kau maki je apa kau , kau salah je kan aku bila kau nak , kau tengking je aku bila kau nak ! aku ni siapa hah ? patung agak nya yang boleh dengar kau punya maki hamun ! mana lagi salah aku ? mana lagi kau tak puas dengan aku ?

kenapa perempuan mudah sangat main dengan perkataan BREAK? kenapa ? kenapa bila gaduh sikit perkataan macam tu akan keluar ? kenapa ? hye perempuan , apa jahat sangat ke lelaki  ni yang korang boleh buat macam sampah hah ? bila nak cakap iloveyou bagai , bila dah benci , pergi mampus sama kau bagai , memang lah lelaki ni tak ada perasaan kan !

Hye F asal kau suka sangat sangat mintak break bila gaduh? asal kau suka sangat gaduh dengan aku ? apa salah aku lagi hah ? mana silap aku ? aku sakit pun kau tak boleh faham ke ? aku sakit sangat semalam , tetiba kau nak ngamuk-2 pulak , apa aku ni tak ada perasaan marah apa kau nak ngamuk-2 mintak break bagai ? hah ? aku cakap bebaik tak boleh ke kau nak cakap bebaik dengan aku hah ? aku sabar je weyh bila kau babi kan aku , kau maki nya aku , kau cakap apa pun , walaupun sakit , aku sabar je , CEMBURU ? ye selalu aku cemburu dengan kau ! bila kau layan orang boleh ? bila aku ? shitt lah weyh ! kau fikir diri kau sendiri ! kau tak pernah nak fikir pasal perasaan aku!


So now F , better aku pergi je , biar lah apa nak jadi lepas ni , antara aku dengan kau memang dah tak ada harapan , puas dah aku pertahan kan semua ni ,tapi kau ? kau terus dengan kau punya perangai yang kuat melenting tu ! aku tak pernah tinggi kan suara dekat kau! tapi kau cakap aku tinggi kan suara dekat kau , so semalam dah puas dengar aku tinggi kan suara dekat kau ? asal kau susah nak faham aku ? AKU SAKIT! bukan aku tak nak layan kau ! kau tak pernah nak memahami aku , yang kau tahu , kau nak aku berkepit je dengan kau ! apa masalah kau ? lepas tu cakap yang aku sesuka hati lepas marah aku dekat kau , semua nya aku yang buruk ! benda ni tak kan berlaku kalau kau mintak break bagai lah!

So lepas ni , tak payah cari aku , angap aku dah mati dan kau tak payah lah nak ingat semua-2 nya , kau cari jelah orang yang jauh lebih baik dari aku , kau cari lah dekat twitter or BBM kau tu , Selamat tinggal , Semoga kau bahagia dengan life kau tanpa aku ! Assalamualaikum

Monday 5 November 2012

She F

Assalamualaikum , hai semua , haha! dalam bulan ni aku happy je , event ada masalah dengan kawan-2 pun aku still happy sebab ada lah cerita yang akan menyusul kejap lagi :') btw Spm aku dah ambik paper Bm,Bi dengan Seni teori je haha! ada lagi sikit je nak MERDEKA! haha! , btw asal sweet je gambar dekat atas ni kan haha! okay i get one story for you all :')


ohh men , siapa kah dia yang jelita di atas ni ? haha! okay okay dia ni yang terbaik , dia yang terindah dia yang tercomel dia lah segala nya sekarang :') aku tak pernah rasa selesa sangat bila couple dengan someone tu , but dengan dia paling-2 selesa lah , gurau semua nya :') hm yes! yes! dia awek aku dia lah kekasih aku , so what ? jangan pernah rampas yang ni dari aku , aku mohon! kau yang terindah tolong jangan pergi sayang :') jadi yang terbaik untuk kau , bukan untuk esok atau lusa tapi selamanya :D


 Aku tak pernah jumpe perempuan macam dia , manje, sweet , gila-2 , garang , care , semua ada , lengkap lah :') aku selalu sangat berharap dapat macam ni , so alhamdulillah lah akhir nya kau muncul dan sinar kan hari aku , terima kasih awak terima kasih , terima saya :') btw i'm gonna miss you , rindu nak tengok memek muka awak tu sayang :')


   That All my story For today , Enjoy , so I'm not single , i'm already take by sister F :') hahaha ! know that i love you so much :*


                                 A.s stOry

Thursday 1 November 2012

last memory in school Batch 95

     


Assalamualaikum , hai gusy , hari ni jumaat bersamaan dengan 2/11/2012 , hari last kita orang duduk dalam kelas beralajar sesama semua :') hari ni hari mohon restu dalam dalam sekolah , mula-2 pagi-2 macam biasa lah kita orang kena tunai kan bacaan yasin and solat hajat , kemudian dengar ustazah ceramah pagi tu , sayuu je hati , haa , lepastu  kami semua berkumpul dekat dewan makan asrama untuk dengar ceramah kaunseling pula ,

  Dalam kira-2 pukul 10.30 bermula lah program yang di tunggu-2 oleh semua pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki Spm iaitu Program Mohon Restu , bermula dengan ucapan dari pengetua baru sekolah then bersalam-2 dengan guru-2 , time salam-2 tu sayu hati aku tengok sorang-2 wajah guru-guru yang pernah ajar aku dulu , banyak sangat dosa aku dekat dia orang sedih nak nangis tapi aku tahan jee , member yang lain dah ada yang menangis bagai , sedih juga tengok diaorang macam tu kan ,


  Lepas pada mintak maaf dengan guru-2 aku cari lah kawan-2 pula , mula-2 okay je lagi tak ada lah nak nangis lagi , bila time lepak dekat Kelas 5A je tadi , jumpe semua-2 kawan-2 perghh!  ada yang menangis bagai serious buat aku sayu , mata mula dah nak mengalir , aku ni  kalau dah tengok orang nangis memang tak boleh nanti nak join , so ada jugak kawan-2 yang aku lepak sekali tu nangis balik bila mintak maaf semua kan :') hmm , Btw korang aku maaf kan korang semua jangan risau semua salah korang dah tak simpan-2 dah okay , haa!
   
        Paling tak boleh blah bila jumpe myra tadi aku boleh menangis depan dia haha! hmm aku tahu aku banyak salah dengan dia sebab tu aku rendah kan ego aku untuk mintaak maaf dekat dia , aku tahu sakit tu mesti bertanda juga di hati ni tapi sampai bila nak bergaduh kan , baik aku mintak maaf je :')





  Btw guys , isnin ni kita dah mula berperang , sedia tak sedia , kena lah terima kan ,  lagi pun pejam celik pejam celik , isnin dah Spm aku macam tak percaya tapi kena percaya juga haha! , dalam dua hari ni kelas Bm jelah kena pergi , tak nak dah ponteng , aku tak nak menyesal kemudian hari , takut weyh nak jawab paper Bm event aku sendiri berbangsa Bm , hmm , btw kepada sesiapa yang menduduki Spm yang terbaca blog ni GoodLuckOkayGuysForSpm haha! aku Amir Syarifuddin Bin Abd Hadi menyusun sepuluh jari kalau ada salah silap selama perkenalan kan , ada buat korang kecewa atau terluka ke apa ke k ? doa kan aku berjaya :')  .

     So guys yang sama Batch95 ,tak lama lagi kita dah Freedom dan kita pulak boleh ejek semua-2 budak Pmr yang nanjing kita okay ?haha! , okay lah sampai di sini sahaja aku mampu menaip haha! so semoga korang semua jawab dengan penuh ketenangan okay :') byebye heart <3
   

                         A's story..  Follow me in twitter @AeAmir